Hari Raya Aidilfitriku

Allahuakhbar x3... Selepas selesai solat sunat Aidilfitri, pergi ziarah kubur moyang lelaki dan datuk sebelah ayah, memang terasa sedih beraya tanpa datuk ku yg tersayang, terkenangkan kenangan manis sepanjang hayatnya bersamaku, tapi segala telah ditentukan olehNya. Dialah yang berkuasa atas segalanya. Alhamdulillah, tahun ini, baju raya ada orang 'sponsor', semoga Allah memberkati rezeki dan melimpahkan lagi rezeki kepada hamba Allah itu. Tema warna unggu cair.

Seperti biasa  yang tahun2 lepas, pergi beraya ke rumah nenek dulu, pastu baru ke rumah saudara mara lain, mak dan bapa saudara  memang sporting, dia cakap yang dh hbs sekolah no duit raya, xpe la, x kisah pun, ada aku dh besar sekarang, masa hari raya ni lah nak jumpa semua saudara mara, yelah ramai sepupuku daha kahwin dan duduk jauh, so susah nak dapat jumpa. Banayak jugak sms ucapan hari raya yang aku terima, tapi xde mms pun tahun ni, x pela, x kisah pun, janji ada orang hantar ucapan raya pun dah ok la... Ni la antara sms ucapan raya yang aku dapat pada hari raya tahun ni.

 Daun kemboja tumbuh melata,
 Mekar mewangi di halaman bonda,
 Marilah kita beraya ke rumah jiran tetangga,
 Manalah tahu  mereka ada anak dara.   ~ credit utk Zul sbb bg pantun raya ni...

Sebelum Aidilfitri datang,
Sebelum operator sibuk,
Sebelum sms 'pending',
Sebelum kredit habis,
Ikhlas dari hati,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir & batin.    ~din casper ump...

Hah, yang ni istimewa sikit, versi orang yang belajar Elektrik.

Dgn 1000kW 'power' kemaafan, 240kV 'potential different' keinsafan, 60A 'current' keheningan, sy memohon setinggi2 'high voltage' agar salah sebesar step-up transformer' yg saya lakukan selama ini dimaafkan. Semoga 'capasitor' dapat menyahcajkan segala dosa yg tlh sy lakukan... Salam Syawal. ~ terima Nisa utk ucpn ni k,

Banyak lagi ucapan raya, tapi  cukup la bg tiga ni je, nanti penuh pulak ruangan dgn ucapan raya je. hu3...Raya2 jugak, tapi kerja2 UMP kena jugak siapkan, proposal program, surat program, assignment individu TITAS. Huh, memang banyak cabaran dan dugaan masa raya ni, so susah jugak nak siapkan semua keje tu. Akhir kalam, kepada kawan2 yang datang beraya ke rumah saya, terima kasih ye, janganlah serik nak datang beraya ke rumah saya ye, datang la lagi tahun2 depan k.


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Seindah Dunia