0

Karya Saya


Kerana Dia ( Episod 1)


Dingin tiupan angin malam meremangkan bulu roma Nadia, bunyi sahutan burung hantu menambahkan lagi rasa seram pada waktu malam. Tingkap di ruangan bilik dibiarkan terus terbuka, sambil mata Nadia merenung jauh ke luar di jendela tingkap. “Hah, termenung jauh nampak, ingat kepada orang jauh ke?”, tegur Diana, teman sebilik Nadia sambil menyergah dari belakang Nadia. “Eh, mana ada”, jawab Nadia. Lamunan jauhnya terhenti sambil tersenyum malu sehingga menunjukkan lesung pipit di pipi. Buku rujukan ‘Thermodynamics’ dibiarkan terbuka luas sambil helaiannya ditiup angin. “Nad, kau sudah siap ke assignment Encik Shaiful Azahar yang kena hantar besok tu?”,tanya Diana kepada Nadia. “Tinggal sedikit sahaja lagi, adalah lagi 2,3 soalan yang belum saya siapkan”, jawab Nadia dengan penuh yakinnya. “Jom, siapkan bersama, boleh lah ajarkan saya”, sampuk Diana secara sepontan. Mereka terus memulakan perbincangan dan kerja menyiapkan assignment Encik Shaiful Azahar. Dialog antara Nadia dan Diana berlarutan sehingga lewat malam diselangi gelak ketawa serta gurauan dua sahabat itu.

Sementara di blok B Kolej Kediaman Mawar, Amir dan Naziha tekun berbincang untuk menyiapkan assignment ‘Thermodynamics’ Encik Shaiful Azahar, pensyarah yang paling diminati dan disukai oleh ramai pelajar. “Amir, kau dapat ke tidak kiraan untuk soalanv no. 5 dan 6, kalau kau dapat jawapan, tolong ajarkan kepada aku”, kata Naziha sambil menyorongkan secawan air ‘nescafe’ suam yang baru dibuat kepada Amir. Sambil tergelak, Amir menjawab,” Kau ni Ziha, memang pandai memujuk dan membodek orang ye, baiklah nanti aku ajarkan kau atau kau tanyalah kepada Nadia besok masa rehat jam 12 nanti, lagipun kelas Encik Shaiful Azahar kan pukul 4 petang, mesti sempat la”. Muka Naziha terus bertukar merah padam, kerana malu apabila nama Nadia disebut oleh Amir, Nadia sememangnya terkenal kerana paras rupanya yang cantik dan kecerdikannya di kalangan teman sekuliah dan staf akademik fakulti , beliau telah menerima Anugerah Dekan sebanyak 3 kali berturut-turut. Kerana nikmat kurniaan Allah itu telah membuatkan Nadia menjadi pujaan oleh ramai mahasiswa lelaki di Kolej Kediaman Mawar bahkan yang berlainan fakulti.

(bersambung...)
0

Saya kembali menulis

               Salam, selamat sejahtera kepada semua yang melawat blog saya ini, maaf kerama telah lama tidak mengemaskini blog ini di atas sebab kesibukan kerja dan tugasan yang banyak. Kini saya telah tamat semester 4, bakal menjadi pelajar tahun ke-3, kiranya 'super senior' la, tahun 4 nanti baru jadi 'super duper senior'. Ha... (^_^)   <3 . Kali ini saya akan menulis sedikit karya saya, entah la x tahu la sama ada ia cerpen atau sekadar cerita ringkas bermusim saya sahaja.

              Musim dan Demam Euro 2012 baru sahaja berakhir, kemenangan telah berpihak kepada pasukan Spain. Tahniah kepada pasukan dan penyokong Spain, kepada pasukan dan penyokong pasukan lain, harap sabar dan terima kenyataan. (p/s: saya sendiri pun kecewa jugak ,sebab pasukan pilihan saya Jerman tewas, tapi xpe la). 

             Cerita atau karya karangan saya ini tiada kaitan dengan yang hidup atau telah meninggal dunia atau yang bakal lahir...Hu.... merepek je saya ni kan. Harap tiada mana-mana individu yang tersalah faham atau perasan apatah lagi terasa ye. Tajuk karya saya akan berubah mengikut post dan disertakan dengan selingan dan nasihat atau lawak.
 
Copyright © Seindah Dunia