0

Karya Saya


Kerana Dia ( Episod 1)


Dingin tiupan angin malam meremangkan bulu roma Nadia, bunyi sahutan burung hantu menambahkan lagi rasa seram pada waktu malam. Tingkap di ruangan bilik dibiarkan terus terbuka, sambil mata Nadia merenung jauh ke luar di jendela tingkap. “Hah, termenung jauh nampak, ingat kepada orang jauh ke?”, tegur Diana, teman sebilik Nadia sambil menyergah dari belakang Nadia. “Eh, mana ada”, jawab Nadia. Lamunan jauhnya terhenti sambil tersenyum malu sehingga menunjukkan lesung pipit di pipi. Buku rujukan ‘Thermodynamics’ dibiarkan terbuka luas sambil helaiannya ditiup angin. “Nad, kau sudah siap ke assignment Encik Shaiful Azahar yang kena hantar besok tu?”,tanya Diana kepada Nadia. “Tinggal sedikit sahaja lagi, adalah lagi 2,3 soalan yang belum saya siapkan”, jawab Nadia dengan penuh yakinnya. “Jom, siapkan bersama, boleh lah ajarkan saya”, sampuk Diana secara sepontan. Mereka terus memulakan perbincangan dan kerja menyiapkan assignment Encik Shaiful Azahar. Dialog antara Nadia dan Diana berlarutan sehingga lewat malam diselangi gelak ketawa serta gurauan dua sahabat itu.

Sementara di blok B Kolej Kediaman Mawar, Amir dan Naziha tekun berbincang untuk menyiapkan assignment ‘Thermodynamics’ Encik Shaiful Azahar, pensyarah yang paling diminati dan disukai oleh ramai pelajar. “Amir, kau dapat ke tidak kiraan untuk soalanv no. 5 dan 6, kalau kau dapat jawapan, tolong ajarkan kepada aku”, kata Naziha sambil menyorongkan secawan air ‘nescafe’ suam yang baru dibuat kepada Amir. Sambil tergelak, Amir menjawab,” Kau ni Ziha, memang pandai memujuk dan membodek orang ye, baiklah nanti aku ajarkan kau atau kau tanyalah kepada Nadia besok masa rehat jam 12 nanti, lagipun kelas Encik Shaiful Azahar kan pukul 4 petang, mesti sempat la”. Muka Naziha terus bertukar merah padam, kerana malu apabila nama Nadia disebut oleh Amir, Nadia sememangnya terkenal kerana paras rupanya yang cantik dan kecerdikannya di kalangan teman sekuliah dan staf akademik fakulti , beliau telah menerima Anugerah Dekan sebanyak 3 kali berturut-turut. Kerana nikmat kurniaan Allah itu telah membuatkan Nadia menjadi pujaan oleh ramai mahasiswa lelaki di Kolej Kediaman Mawar bahkan yang berlainan fakulti.

(bersambung...)
0

Saya kembali menulis

               Salam, selamat sejahtera kepada semua yang melawat blog saya ini, maaf kerama telah lama tidak mengemaskini blog ini di atas sebab kesibukan kerja dan tugasan yang banyak. Kini saya telah tamat semester 4, bakal menjadi pelajar tahun ke-3, kiranya 'super senior' la, tahun 4 nanti baru jadi 'super duper senior'. Ha... (^_^)   <3 . Kali ini saya akan menulis sedikit karya saya, entah la x tahu la sama ada ia cerpen atau sekadar cerita ringkas bermusim saya sahaja.

              Musim dan Demam Euro 2012 baru sahaja berakhir, kemenangan telah berpihak kepada pasukan Spain. Tahniah kepada pasukan dan penyokong Spain, kepada pasukan dan penyokong pasukan lain, harap sabar dan terima kenyataan. (p/s: saya sendiri pun kecewa jugak ,sebab pasukan pilihan saya Jerman tewas, tapi xpe la). 

             Cerita atau karya karangan saya ini tiada kaitan dengan yang hidup atau telah meninggal dunia atau yang bakal lahir...Hu.... merepek je saya ni kan. Harap tiada mana-mana individu yang tersalah faham atau perasan apatah lagi terasa ye. Tajuk karya saya akan berubah mengikut post dan disertakan dengan selingan dan nasihat atau lawak.
0

Semester baru sbg pelajar thn ke-2

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi krn masih lg berpeluang hidup dan mneruskan kelana sebagai mahsiswa UMP. Semester ini, aku telah bergelar sbg abg thn 2 kata kwn la, tpi bgku itu tiada membawa pape kesan kpdku, yg pasti cabaran dan dugaan semakin besar dan hebat. Dh lama sgt blog ni terpendam macam ni, yelah sibuk kot belajar. Skrg dh x th nk tulis topik pe kt blog ni wat msa ni, kepala asyik fikirkan kje yg byk dan test yg menanti. cukplah stkt ni dlu, insyaallah klu ada kesemaptan dan masa, blog ni akn diupdatekn lg.
0

Diriku dan ibadah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih meminjamkanku hayat ini, semoga dapat ku manfaatkannya sepenuhnya ke jalan yang diredhaiNya. Bangun pagi sahaja pelbagai perkara dan benda yang dapat kulihat, syukur kerana pancainderaku masih lagi dipinjamkan olehNya. Setiap hari kumemerhatikan gelagat manusia dan keadaan alam sekitarku. Pelbagai ragam, telatah, dan perangai manusia yang dapt kuperhatikan. Selain itu pelgagai macam rupa manusia yang dapat diperhatikan, ada yang cantik, hensem, tinggi, rendah, dan sebagainya, itulah kekuasaanNya mencipta pelbagai variasi makhluk. Segala itu tidaklah dipandang tinggi olehNya, kerana setiap makhlukNya diciptakan atas satu tujuan, iaitu beribadah kepadaNya.

Ibadat dalam Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang berbeza sama sekali daripada konsep ibadah di dalam agama dan kepercayaan yang lain. Antara ciri-ciri tersebut ialah tidak ada sebarang perantaraan di antara Allah dan manusia, dan ibadat dalam Islam tidak terikat dengan sesuatu tempat atau masa yang tertentu.
Firman Allah SWT :
Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
                              (Az-Zariyat: 56)

Rasulullah SAW bersabda. ( Terjemahannya ):
                               “Seluruh muka bumi ini adalah masjid untukku; Suci dan bersih.”

Ibadat itu terdiri daripada berbagai bentuk, bukan satu macam sahaja sehingga manusia merasa tidak jemu dalam menunaikan ibadatnya. Peningkatan ibadat itu pula berbeza dan beraneka rupa sesuai dengan perangai, kecenderungan dan minat manusia itu sendiri. Ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah dan jasmaniah. Tiap-tiap seorang muslim boleh mencampurkan urusan dunia dan akhirat, inilah kombinasi yang indah di dalam Islam yang tidak terdapat di dalam agama-agama lain. Pintu untuk membuat ibadat adalah terbuka di semua penjuru. Semua aktiviti manusia sehingga makan dan minum pun boleh menjadi ibadat jika ia berniat untuk mengumpulkan tenaga bagi memperjuangkan perkara-perkara yang baik seperti yang disuruh oleh Islam.

Pengertian Dan Ruang Lingkup Ibadat

Perkataan ibadat datang dari perkataan Arab. Dari segi bahasa bererti: patuh, taat, tunduk, menyembah dan perhambakan diri kepada sesuatu.

Dari segi istilah agama: Ibadat bererti tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh para Rasul, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.

Di antara ayat perintah beribadat, contohnya sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya:
“Dirikanlah sembahyang serta berikan zakat.”
(An-Nisa’ : 77)
Sementara itu banyak terdapat ayat al Qur’an dan al Hadis yang mewajibkan supaya beribadat. Di antaranya:
Maksudnya :
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
(Az-Zaariyat : 56)
Firman Allah SWT lagi:
Maksudnya :
“Wahai sekalian manusia beribadahlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.”
(Al-Baqarah : 21)

Daripada ayat di atas boleh dibuat kesimpulan berikut:
  1. Allah SWT menciptakan umat manusia dan memerintah mereka supaya melakukan ibadat serta menjunjung perintahNya dan meninggalkan larangan-laranganNya.
  2. Tujuan sebenar Allah SWT menciptakan manusia ialah untuk beribadat. Manusia diwajibkan beribadat kepada Allah SWT serta mengemukakan ibadah-ibadahnya, hanya kepada Allah tanpa menyekutui Allah dengan sesuatu makhluk.
  3. Mewajibkan dan tugas beribadat sentiasa dituntut hingga sampai menemui Allah, seseorang itu tidak akan terlepas daripada tugas tersebut walaupun jiwanya telah meningkat tinggi dan sentiasa dalam perhubungan yang kuat dengan tuhannya.
  4. Setiap peribadatan hendaklah berdasarkan keikhlasan yang lahir daripada hati yang redha, sebagai mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Pembahagian Dan Matlamat Ibadah

Ibadah terbahagi kepada tiga iaitu ibadah asas (fardu ain), ibadah fardu kifayah dan ibadah umum.
  1. Ibadah Asas.
  2. Ibadah asas ialah ibadat yang merupakan fardu ain yang merangkumi soal-soal aqidah sperti dalam rukun iman yang enam. Ia juga merupakan amalan wajib yang perlu ditunaikan oleh setiap orang muslim seperti yang terkandung dalam rukun Islam. Ini bererti bahawa sebelum kita melaksanakan ibadat yang lain, kedua-dua ibadat yang asas ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu.
  3. Ibadah Fardu Kifayah.
  4. Bidang ibadat ini menitikberatkan kepada amalan-amalan sosial dalam masyarakat Islam yang merupakan nadi atau urat saraf yang menghubungkan antara antara satu sama lain. Ia meliputi menyelenggarakan mayat untuk dikuburkan, menegakkan jihad dalam semua bidang, menegakkan sekolah dan institusi pengajian tinggi (dalam semua bidang yang diperlukan), mewujudkan ekonomi Islam, mewujudkan pentadbiran Islam dan melaksanakan kebajikan am.
  5. Ibadah Umum.
  6. Ibadah umum ialah segala kegiatan manusia yang tunduk kepada hukum-hukum dan nilai-nilai agama Islam. Segala aktiviti dan amalan manusia dan tugas-tugasnya sehari-hari tergolong dalam istilah ibadah jika ia dilaksana dengan ikhlas dan jujur. Ibadah umum boleh dibahagikan kepada dua bahagian :
  • Peribadi dan akhlak yang tinggi yang boleh mendatangkan pahala seperti bercakap benar, amanah jujur merendah diri, tidak mementingkan diri sendiri atau menganggap diri lebih tinggi dan mulia daripada orang lain, menunaikan janji dan tidak mengkhianati orang lain.
Firman Allah SWT: Maksudnya:
“…hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa ( maksiat )…”
( Al- Iara’ : 37 )
Sabda Rasulullah SAW ( Terjemahannya ) :
“ Iman itu mempunyai 77 cabang dan malu ialah salah satu daripada cabang iman.
( Al Bukhari )
Termasuk dalam erti iman ialah sayang kepada saudaranya. Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Tidak beriman ( iman yang sempurna ) salahnya ( sesama Muslim ) sebagaimana ia mencintai dirinya . “
( Al Bukhari )
Ibadah umum dalam bentuk mengatur cara kehidupan seharian daripada pengurusan keperluan peribadi sehinggalah kepada cara membina negara, perhubungan antara bangsa, cara melaksanakan hukum dalam masa perang dan damai. Semuanya ada peraturan-peraturan akhlak yang mulia daripada perspektif Islam yang boleh membuat amalan-amalan kita itu menjadi ibadah.

Syarat-Syarat Bagi Sesuatu Amalan (Adat) Menjadi Ibadah

Semua pekerjaan kita boleh menjadi ibadah jika dilakukan mengikut cara-cara yang telah ditetapkan oleh Islam. Ia mesti mengandungi perhubungan dua hala. Iaitu perhubungan kita dengan Allah dan perhubungan kita sesama manusia.
Firman Allah SWT :
Maksudnya:
“Akan ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana sahaja. Mereka berada melainkan mereka menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia”.
Kalau kita hanya menegakkan salah satu dari dua hubungan ini sahaja, umpamanya perhubungan sesama manusia sahaja tanpa memberikan perhatian kepada perhubungan dengan Allah SWT dan tidak menurut perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW, ia tidak dikira ibadah dan Allah mungkin menimpakan azab dan kehinaan ke atas kita.
Oleh itu, amalan-amalan biasa hanya akan diakui sebagai ibadat jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:
  1. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam, iaitu sesuai dengan hukum-hukum syariat dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut.
  2. Amalan-amalan itu dikerjakan dengan niat yang baik dan diredhai Allah. Sebagai seorang muslim amalan tersebut mestilah untuk memelihara kehormatan dirinya, menyenangkan keluarganya, memberi manfaat kepada umatnya dan dapat memakmurkan bumi Allah sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah SWT.
  3. Amalan-amalan itu hendaklah dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati kehendak-kehendak hadis Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim yang bererti; “Sesungguhnya Allah mewajibkan kebaikan pada tiap-tiap sesuatu.”
  4. Ketika membuat kerja-kerja hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syariat dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau merampas hak orang.
  5. Dalam mengerjakan amalan-amalan dunia itu tidak lalai dan tidak cuai dari menjalankan kewajipan ibadat yang khusus seperti solat, puasa dan sebagainya sesuai dengan firman Allah SWT :
Maksudnya :
“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjualbeli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
(An-Nuur : 37)
Jadi bila sahaja seorang mukmin dapat menyempurnakan kelima-lima syarat di atas dalam mengendalikan segala pekerjaan dan urusan hidupnya setiap hari dia adalah dikira sentiasa beribadat kepada Allah meskipun dia tidak duduk di masjid-masjid atau di surau-surau ketika membuat kerja-kerja tersebut.

Semoga setiap perkara baik yang kita lakukan menjadi suatu ibadah dan memperoleh pahala kelak.
0

Cara mengatasi masalah tekanan jiwa menurut Islam

Cara mengatasi masalah tekanan jiwa menurut Islam
Pendahuluan

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak
terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan
yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan
terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan
masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi
mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkantekanan kerja.

Antaranya ialah :
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri
mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika
berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling
akrab pada sepanjang waktu.
3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan
amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat.
Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara
pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga
malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan
dan kekuatan daripada Allah.
4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan
dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam
Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu
azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya
yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa
hanya kepada Allah yang Esa.
5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah
yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh
itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah
menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti
percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk
otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila
kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan
kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa
ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan
tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain"
ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai
contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan
tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila
kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah
untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu
bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan
mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah,
kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih
ceria.
10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu
memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar
untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta
jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayanya. 


 
0

Kemarahan dalam Islam.

Kalau nak dibicarakan tentang masa itu, terlalu luas skopnya, dan teringat pulak kepada ayat Al-Quran, surah An-Asr: Demi Masa... dan maksud yang selebihnya. Sebut pasal masa jugak tak sangka final exam ku jugak dah semakin hampir, kesibukan dalam aktiviti membuatkan kadang-kadang diri ini bersa tertekan sedikit, tapi takpe la, gunakan reverse psikologi, kalau rsa mrh, kita buat sesuatu yang boleh memberikan kegembiraan kepada diri sendiri. Kemarahan itu tidak boleh diluahkan kepada sesiapa pun, kerana boleh timbulkan masalah kepada diri sendiri juga dan orang lain.


Kerana manusia dikurnikan hati dan perasaan, maka wajar lah kadangkala berasa marah, suka, gembira, dan sebagainya. Hanya diri sendiri yang mampu mengawal perasaan ini. Di sini saya ingin kongsikan sedikit pengelasan sifat marah, iaitu sifat yang lazimnya setiap insan hadapi, cuma berbeza cara setiap orang itu membendung rasa kemarahan itu.


Ternyata Islam juga mencela sikap marah sebagaimana firman Allah: (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) – perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada kalimah takwa, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah takwa itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Fath: 26)


Golongan manusia dengan sifat marah :

* Golongan Pertama: Tafrith


Iaitu mereka yang langsung tidak memiliki sifat marah. Apa jua yang berlaku disekelilingnya maka dia langsung tidak menunjukkan perasaan marah. Manusia jenis ini sama sekali tidak memiliki sikap pembelaan terhadap kebenaran. Dia tidak terasa tersinggung apabila agamanya diinjak-injak oleh musuh-musuh Islam. Sedangkan Rasulullah s.a.w. yang terkenal dengan sikap tawaduk tetap mempertahankan maruah agama dengan menentang musuh-musuhnya sekiranya perlu.


Firman Allah: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). (al-Fath: 29)


Golongan jenis ini juga apabila terjadi perlanggaran terhadap kehormatan diri mahupun ahli keluarganya maka dia akan menghadapinya dengan sikap yang penuh kebaculan dan terlalu merendah diri. Sedangkan Islam melihat perlunya sikap cemburu demi untuk melindungi kehormatan ahli keluarganya.


Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya dia (Sa’ad) adalah seorang yang kuat cemburunya dan saya adalah lebih kuat cemburunya (berbanding dengan Sa’ad), dan Allah adalah lebih cemburu lagi daripada saya (iaitu sekiranya Dia melihat hamba-Nya melakukan perbuatan maksiat). (Riwayat Muslim)


Jelas di sini sifat tafrith atau langsung kehilangan sifat marah adalah tercela di sisi syarak.
* Golongan kedua: Ifrath


Iaitu mereka yang tidak dapat mengawal perasaan marah lalu bersikap berlebih-lebihan sehingga hilang pengawalan akal yang waras terhadap dirinya.


Golongan seperti ini akan berteriak dengan suara yang kuat serta mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat. Ada kalanya sehingga menyebabkan terjadinya pukul-memukul ataupun amukan yang dahsyat sehingga terjadi pertumpahan darah.


Marah yang tidak dapat dikawal juga dapat membentuk perasaan dendam, benci dan dengki sehingga mendorongnya untuk melakukan pembalasan terhadap orang yang dimarahinya.


Disebabkan buruknya akibat sifat marah yang melulu ini maka Rasulullah s.a.w. amat menitikberatkan agar perasaan itu dikawal dengan baik. Apabila seorang sahabat meminta nasihat daripada Baginda s.a.w, lantas Baginda bersabda: Jangan marah. Kemudian sahabat tersebut mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi baginda menjawab: Jangan marah. (Sahih al-Bukhari, hadis no: 6116).


Allah juga memuji mereka yang dapat mengawal perasaan marah melalui firman-Nya dalam surah Ali-Imran: 133-134)


Di antara cara mengawal perasaan marah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah :


1. Mengucapkan Taawudz (A'udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
2. Diam atau tidak berbicara.
3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
4. Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah
* Golongan ketiga: I’tidal


Iaitu golongan yang bersikap sederhana di antara tafrith dan ifrath. Mereka tidak menghilangkan sikap marah secara total tetapi hanya akan marah dalam situasi yang bersesuaian. Akal juga masih menguasai dirinya dan mereka sentiasa mengikuti batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.


Kehormatan


Kemarahan yang tergolong dalam kategori terpuji adalah kemarahan yang timbul hanya kerana menurut perintah Allah dan untuk membela agama Islam serta umatnya.


Oleh itu hendaklah kemarahan yang ada dalam jiwa seorang muslim itu bertindak untuk menolak gangguan orang lain terhadap kehormatan dirinya, keluarganya serta umat Islam keseluruhannya dan menghukum mereka yang ingkar kepada perintah Allah.


Firman Allah: Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendaki-Nya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (al-Taubah: 14-15)


Di antara sifat Rasulullah s.a.w. ialah Baginda tidak menunjukkan kemarahan dan melakukan pembalasan hanya kerana kepentingan peribadinya. Segala kemarahannya adalah kerana mempertahankan hukum-hukum Allah.


Saidatina Aisyah r.a. telah meriwayatkan bahawa: Dan tidaklah baginda membalas dengan hukuman untuk (membela) dirinya di dalam sesuatu sama sekali kecuali jika perkara-perkara yang diharamkan Allah dilanggar, maka baginda akan membalas dengan hukuman terhadap perkara itu kerana Allah. (Riwayat Bukhari)

0

Kembali... 2011 lembaran baru hidupku

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, diberikan kesempatan untuk kembali 'blogging', terlalu banyak perkara yang telah berlaku sepanjang tahun lalu. Segala yang telah berlaku itu di luar kawalanku, sesungguhnya Dialah yg Maha Berkuasa atas segala perancangan hambaNya. Semester 2 dh bermula lama, hampir setengah semester telah berlalu, sedar tak sedar dh masuk minggu ke-9 termasuk cuti. Banyak perancangan baru telah dirangkakan, harapanku semoga segala yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar dengan kehendakNya. Semester ini terasa suatu semangat dan perubahan kepada diri sendiri dan semua orang yg di sekeliling, sepupu ku daha kahwin muda, abang sulong dah bekerja, diri akan memasuki usia ke-22 tahun Mei ini. Semoga dengan kehadiran tahun 2011 yg sedang berlalu ini,  semua makhluk yang bergelar insan akan menjadi lebih baik dan berlaku peningkatan dan penambahbaikan kepada semua aspek. 


Semester ini hanya ambil beberapa sujbek sahaja, antaranya subjek kegemaranku, iaitu CAD MODELING, sebabnya ada guna perisian CATIA. I love CATIA so much, love to make a design. hu3... Mungkin agak pelik bagi sesetengah orang jika diri ini mengatakan minat bermain dengan CATIA. Orang lain suka main 'game' komputer, tetapi diri ini suka main dengan CATIA. I want to be  professional design engineer or quality assurance engineer. Harap-harap impian ku ini akan tercapai pada suatu hari nanti. Pada awal semester ini, dah ada bebrapa aktiviti yang diriku sertai, seronok dan pelbagai perasaan yang di hadapi. Pilihanraya kampus UMP pun baru sahaja berlalu, lebih kurang seramai 53 orang calon yang bertanding, tetapi kerusi fakultiku telah dimenangi tanpa bertanding. Hu3... kata orang menang percuma. Harap-harap kepimpinan baru MPP UMP sesi 2011/2012 akan dapat membantu dan mendengar suara serta rintihan mahasiswa seterusnya bertindak dengan sewajarnya.









 
Copyright © Seindah Dunia