Kerana Dia ( Episod 1)
Dingin
tiupan angin malam meremangkan bulu roma Nadia, bunyi sahutan burung hantu
menambahkan lagi rasa seram pada waktu malam. Tingkap di ruangan bilik
dibiarkan terus terbuka, sambil mata Nadia merenung jauh ke luar di jendela
tingkap. “Hah, termenung jauh nampak, ingat kepada orang jauh ke?”, tegur Diana,
teman sebilik Nadia sambil menyergah dari belakang Nadia. “Eh, mana ada”, jawab
Nadia. Lamunan jauhnya terhenti sambil tersenyum malu sehingga menunjukkan
lesung pipit di pipi. Buku rujukan ‘Thermodynamics’
dibiarkan terbuka luas sambil helaiannya ditiup angin. “Nad, kau sudah siap ke assignment Encik Shaiful Azahar yang
kena hantar besok tu?”,tanya Diana kepada Nadia. “Tinggal sedikit sahaja lagi,
adalah lagi 2,3 soalan yang belum saya siapkan”, jawab Nadia dengan penuh
yakinnya. “Jom, siapkan bersama, boleh lah ajarkan saya”, sampuk Diana secara sepontan.
Mereka terus memulakan perbincangan dan kerja menyiapkan assignment Encik Shaiful Azahar. Dialog antara Nadia dan Diana
berlarutan sehingga lewat malam diselangi gelak ketawa serta gurauan dua
sahabat itu.
Sementara
di blok B Kolej Kediaman Mawar, Amir dan Naziha tekun berbincang untuk
menyiapkan assignment ‘Thermodynamics’
Encik Shaiful Azahar, pensyarah yang paling diminati dan disukai oleh ramai
pelajar. “Amir, kau dapat ke tidak kiraan untuk soalanv no. 5 dan 6, kalau kau
dapat jawapan, tolong ajarkan kepada aku”, kata Naziha sambil menyorongkan
secawan air ‘nescafe’ suam yang baru
dibuat kepada Amir. Sambil tergelak, Amir menjawab,” Kau ni Ziha, memang pandai
memujuk dan membodek orang ye, baiklah nanti aku ajarkan kau atau kau tanyalah
kepada Nadia besok masa rehat jam 12 nanti, lagipun kelas Encik Shaiful Azahar
kan pukul 4 petang, mesti sempat la”. Muka Naziha terus bertukar merah padam,
kerana malu apabila nama Nadia disebut oleh Amir, Nadia sememangnya terkenal
kerana paras rupanya yang cantik dan kecerdikannya di kalangan teman sekuliah
dan staf akademik fakulti , beliau telah menerima Anugerah Dekan sebanyak 3 kali
berturut-turut. Kerana nikmat kurniaan Allah itu telah membuatkan Nadia menjadi
pujaan oleh ramai mahasiswa lelaki di Kolej Kediaman Mawar bahkan yang
berlainan fakulti.
0 comments:
Post a Comment