Dunia baruku di Universiti Malaysia Pahang (UMP)



Tanggal 15 Julai 2010, aku telah mendaftar dan bergelar mahasiswa UMP, akhirnya hasratku nak sambung belajar tercapai jugak, aku berniat untuk menebus kekecewaan lalu ku semasa diploma dulu. Aku nak mencapai kecemerlangan yang aku gagal capai sewaktu diploma dulu. Mungkin inilah peluang dan ruang yang Allah telah berikan kepadaku untuk memperbaiki diriku dari segi akademik dan bukan akademikku.Tekadku untuk mendapatkan ijazah sarjana muda kelas pertama.

Dengan ini bermula la dunia baruku di UMP, semasa daftar sahaja dah dapat kenal beberapa orang, Zulqaranain, yang rupa-rupanya dia pun 'housemate'ku,banyak prosedur yang kena ikut, penat la jugak berjalan ke sana-sini. Masa daftar subjek dua kali pergi fakulti, ambil 'course structure' ,tapi lupa nak tanya seksyen/kumpulan berapa. Huhuhu... tak pelah, senaman sikit pada hari daftar. Ada hikmah juga sebalik perkara tu, dapat kenal seorang staf BPA ( Bahagian Pengurusan Akademik), tapi lupa nak tanya nama puan tu, tapi setiap kali pergi BPA, mesti dia akan tegur aku, pendek kata dia memang baik la dengan aku. Bila daftar kolej kediaman pulak, jumpa dan kenal lagi beberapa orang, Farhan, Izat, Razlan, Faiz, Udin, dan Jefferi. Mereka semua tu, 'housemate'ku, memang best la, diorang semua baik dan bagus, tapi hanya aku sorang je pelajar pembuatan kt rumah tu. Takpe la, nanti jumpa la ramai kawan-kawan yang sekelas dengan aku. Tak tahu la nak ckap pe masa hari baru aku di UMP ni. Banyak lagi cerita, tapi biarlah hanya sebahagian sahaja yang aku kongsi kt blog ni..


Segalanya bermula di sini, pelayaranku sebagai seorang  mahasiswa...UMP

2 comments:

Along Fina said...

slm.. nice blog... blog lame tu dah taknak ke?

Unknown said...

bkn dh xnk, tapi dh tutup pn, ada masalah, nak mulakan cerita dan pengalaman baru kt blog ni...

Post a Comment

 
Copyright © Seindah Dunia