Puasa Oh Puasaku...

Bulan puasa Ramadhan tahun ni memang mencabar segala-galanya bagi diriku, terlalu banyak cabaran yang telah dan sedang aku hadapi. Kesihatan yang tak menentu menjadi cabaran utama kepada puasaku tahun ini, seminggu tak demam, tapi sakit tekak (sampai susah nak menelan makanan), batuk  (kadang-kadang sakit juga la dada ni ), kepala sakit, bibir kena ulser lagi tu, lagi satu, yang paling meyeksaku seminggu itu, mataku sakit sampai satu masa tu rasa sakit yang amat...Allah sahaja yang tahu keadaan menderitaku semasa tu. Tapi semua itu aku gagahi juga selama seminggu, alhamdulillah dengan kekuatan yang Allah berikan kepadaku untuk hadapi semua ini. Aku dapat juga terus berpuasa seperti biasa...




Hrm... Lupakan kisah tu, yang menarik bulan puasa ini, cerita pasal sahurku, ha3... memang mungkin dah nasibku kot... Kadang-kadang pergi kafe untuk beli makanan sahur, tapi malangnya takde pape yang tinggal, macam hari ini (2/9/2010), paling malang la, semangat nak bangun sahur, dah bagun awl, jam 4, tpi pergi kafe lbh kurang jam 4.30 pagi, tapi tak ada pape lagi,


 hu3... memang sedih la jugak dengan keadaan ni, so aku buat keputusan bersahur jelah kat bilik, fikir punya fikir, ahah, sahur dengan biskut kering( munchy vege cracker), dengan air milo suam buatan sendiri, fuh, air milo buatanku ni memang manis sangat, boleh kena kencing manis, tapi xpe la, pagi ni memang perlukan banyak glukosa, so kna make sure kandungan glukosa hari ini cukup untuk bekalkan tenaga untuk menempuh hari-hari yang penuh berliku dan dihujani pelbagai perbagai ragam manusia... 


Hu3... x pe la, ini  la masa yang paling sesuai untuk ku mengenal dan mengetahui sikap manusia. Kepada kawan-kawan dan sahabatku, jangan kamu membazir di aktu bulan puasa ni, beli banyak juadah berbuka puasa, tapi x habis makan, so terbuang sahaja makanan tu, ingat membazir tu amalan syaitan, memang bulan puasa ni xde syaitan, so diri kita la yang menjadi syaitan kerana perkara itu.. so berpada-pada la ketika membeli juadah berbuka puasa tu ek. 
Lagi beberapa hari lagi nak balik kg, so tiket dah ready, nasib baik ada juga tiket balik, kalau x kena balik naik bas UMP/ tumpang kawan2 yang balik Melaka. (3/9/2010) tarikh tiket bas ku, jam 2.30 petang dari terminal Kuantan, terpaksa solat jamak takdim zuhur dan asar, kt terminal pada hari jumaat. masjid dengan terminal jauh, takut x sempat sampai terminal je..

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Seindah Dunia