Cinta Siri 1

Apabila disebut sahaja perkataan CINTA, pasti pelbagai pendapat dan pandangan yang akan terlintas di fikiran setiap makhluk yang bergelar manusia, perkataan CINTA itu bersifat subjektif kepada semua, ia sukar untuk ditafsirkan kerana ia juga bersifat abstrak. Terdapat banyak tafsiran atau definisi CINTA yang boleh diberikan oleh setiap manusia. CINTA itu boleh menjadi suatu sifat Mahmudah (sifat yang baik), dan ia juga boleh menjadi suatu sifat Mazmumah (sifat yang dikeji/buruk). Segalanya bergantung kepada individu itu mengaplikasikannya.

CINTA MAHMUDAH    

CINTA ini adalah yang diredhai Allah, contohnya cinta untuk melakukan ibadah dan menghindari diri daripada maksiat dan perkara yang dilarang oleh-Nya. Cinta seperti ini membawa kejayaan di dunia dan akhirat kepada diri individu itu.




Rasulullah pernah berdoa :

Maksudnya : " Ya Allah, tanamkanlah kecintaan dalam diri kami kepada keimanan dan hiasilah hati kami dengan keimanan. Jadikanlah hati kami benci kepada kekufuran, kefasiqan dan maksiat. " ~ riwayat Ahmad.

CINTA MAZMUMMAH

CINTA ini membawa kerosakan kepada diri individu dan dimurkai oleh-Nya. Cinta ini hanyalah menurut telunjuk syaitan yang mendorong manusia melakukan maksiat, manusia akan mendambakan diri mereka mengikut hawa nafsu syaitan. Yang jelas, syaitan itu adalah musuh sekalian umat manusia yang nyata. Jadi usahlah kita menjadi hamba kepada cinta yang menurut nafsu.


CINTA ini  hanyalah bersifat fatamorgana, hanya kecintaan kepada-Nya, agama, keluarga, negara, dan diri sendiri yang sebaiknya. Biarlah CINTA yang menjadi hamba kepada diri kita, bukan kita yang menjadi hamba kepadanya. Keindahan dan kenikmatan CINTA itu dapat dirasai jika ia benar2 ditujukan dengan cara yang menurut syariat ISLAM. Berdoalah kita semoga dikurniakan CINTA yang diredhai-Nya.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Seindah Dunia